Pinjaman cagaran Yang Boleh Dirundingkan

Kami memberikan pinjaman cagaran yang tinggi berbanding dengan kedai lain. Pinjaman bercagar kami adalah direka khas untuk anda bagi menyelesaikan masalah kewangan anda.

Persoalan & Pertanyaan

Bagaimanakah saya boleh memajak barangan?

Bawa barang yang ingin anda cagarkan dan serahkan kepada agen kami bersama-sama dengan maklumat barang tersebut untuk pengesahan. Agen kami akan menilai barangan anda.
Jika jumlah cagaran dapat diterima oleh anda, wang tunai akan diberikan segera kepada anda bersama-sama dengan resit cagaran.

Bagaimanakah saya mendapatkan semula barang cagaran saya dan bagaimanakah cara pembayarannya?

Anda boleh datang semula ke kedai kami dan menunjukkan resit cagaran barang dalam tempoh yang ditetapkan.
Setelah mengira jumlah bayaran yang perlu dilunaskan. Sekiranya bayaran pinjaman cagaran anda telah dijelaskan, Pihak kami akan mengembalikan barang anda.